Isnin, 30 November 2009

Ratusan demo bantah Nik Aziz isu doa

Hari ini beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan parti itu.

Mereka dipercayai berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.


Perhimpunan tersebut diketuai oleh ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Perhimpunan itu dipercayai dianjurkan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) yang mempunyai 100 ahli di setiap bahagian Umno.Selain itu juga, perhimpunan itu dihadiri oleh persatuan nelayan, persatuan tinju serta persatuan penarik beca.


Tokoh PAS itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion.

Nik Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petroleum kepada negeri tersebut.

** Macam-macam dunia sekarang ni..Nik Aziz sekarang ni menghadapi pelbagai dugaan dan serangan baik dari parti lawan mahupun dari PAS sendiri..itu tandanya ramai dah nak suruh berundur la.

Selasa, 24 November 2009

Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

Mangsa kebakaran di Kampung Seberang Limbongan menerima Bantuan berjumlah RM15,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof pada satu majlis yang yang turut dihadiri oleh Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Dalila Nasir.

Mangsa, Razali Abd. Latif, 48, bersama isteri, Zaini Zakaria, 43, serta lima anak mereka yang berumur antara tiga hingga 20 tahun kerugian kira-kira RM30,000 dalam kejadian tersebut.

Pesara tentera itu berkata, ekoran kejadian itu, banyak peralatan elektrik dan perabut dalam rumah itu hangus dan rumah itu juga terpaksa diperbaiki kerana mengalami keretakan,

Dia berharap dengan bantuan yang diterima itu dapat meringankan sedikit bebannya sekeluarga kerana ia dapat digunakan bagi memperbaiki bahagian rumahnya yang rosak.

Sementara itu Muhammad Pehimi berkata, bantuan yang diberi walaupun tidak dapat menampung sepenuhnya kerugian yang dialami mangsa, namun memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang ditimpa kesusahan.

Tambahnya, kerajaan sememangnya sentiasa berusaha membantu rakyat dan bantuan diberikan tanpa mengira fahaman politik serta tidak dibuat semasa musim pilihan raya sahaja

Ahad, 22 November 2009

Banjir di Besut

Ajk Pemuda UMNO Bahagian turun padang melawat mangsa banjir terutamanya di Hulu Besut