Selasa, 24 November 2009

Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

Mangsa kebakaran di Kampung Seberang Limbongan menerima Bantuan berjumlah RM15,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof pada satu majlis yang yang turut dihadiri oleh Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Dalila Nasir.

Mangsa, Razali Abd. Latif, 48, bersama isteri, Zaini Zakaria, 43, serta lima anak mereka yang berumur antara tiga hingga 20 tahun kerugian kira-kira RM30,000 dalam kejadian tersebut.

Pesara tentera itu berkata, ekoran kejadian itu, banyak peralatan elektrik dan perabut dalam rumah itu hangus dan rumah itu juga terpaksa diperbaiki kerana mengalami keretakan,

Dia berharap dengan bantuan yang diterima itu dapat meringankan sedikit bebannya sekeluarga kerana ia dapat digunakan bagi memperbaiki bahagian rumahnya yang rosak.

Sementara itu Muhammad Pehimi berkata, bantuan yang diberi walaupun tidak dapat menampung sepenuhnya kerugian yang dialami mangsa, namun memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang ditimpa kesusahan.

Tambahnya, kerajaan sememangnya sentiasa berusaha membantu rakyat dan bantuan diberikan tanpa mengira fahaman politik serta tidak dibuat semasa musim pilihan raya sahaja

Tiada ulasan: